Wednesday, August 24, 2016

Sistem Maklumat Siaraya Masjid (iMosQ)


iMosQ - Paparan Maklumat Terkini Untuk

Keceriaan Masjid Anda






Beralihlah ke era teknologi terkini melalui iMosQ untuk ceriakan lagi sudut informasi Masjid / Surau di tempat anda. Dengan iMosQ anda dapat mempamerkan pelbagai maklumat semasa dalam bentuk info grafik dengan lebih kreatif dan inovatif. Anda tidak perlu lagi mendapatkan 2 atau 3 alatan elektronik untuk menyalurkan maklumat masjid/ surau anda.. kini hanya satu sahaja.. semua dalam satu!


Paparan waktu semasa dan waktu solat berlatarkan gambar-gambar masjid menarik seluruh dunia. Menarikkan? Sudah tentu ianya tidak menjemukan dan ini merupakan salah satu kaedah berkesan dalam menyampaikan mesej-mesej berunsur islamik ini khususnya di kalangan muda mudi kini.






Bagaimanakah sistem ini berfungsi?

Terdapat beberapa fungsi utama sistem ini.
1. Pemakluman waktu solat
2. Pemakluman aktiviti-aktiviti semasa masjid atau surau
3. Pemakluman hal-hal umum
4. Nasihat-nasihat serta peringatan tazkirah
5. Makluman 'event countdown'

Setiap fungsi diprogramkan dengan penampilan yang menarik agar audian tidak bosan atau menjemukan. Di samping itu setiap kali masuk waktu solat sistem akan masuk dalam mod solat di mana tiada sebarang aktiviti paparan slide seterusnya tidak akan mengganggu keselesaan jemaah untuk melaksanakan ibadat.
Selain itu anda boleh masukkan pelbagai maklumat yang bersesuaian dengan keperluan dan hebahan kepada para jemaah. 



Contoh